Monday, 11 August 2014

Kenali Al-Idrisi, Bapa Geografi Islam



Al-Idrisi adalah seorang ahli geografi dan kartografi Islam terkemuka di Zaman Pertengahan. Keturunan Rasulullah ini telah menghasilkan banyak peta yang hampir menyamai peta-peta hari ini. Christopher Columbus sendiri menggunakan peta yang dilukis berdasarkan peta al-Idrisi semasa pelayarannya.

Peta yang dihasilkan oleh al_Idrisi dalam tahun 1154


Al-Idrisi paling terkenal di Barat sebagai seorang ahli geografi yang membina sebuah glob sfera perak berukuran berat 400 kg untuk Raja Roger II dari Sicily. Sesetengah sarjana menganggap beliua sebagai ahli geografi dan pelukis peta terhebat semasa Zaman Pertengahan. Beliau juga membuat sumbangan tulen dalam tumbuh-tumbuhan perubatan. Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Muhammad ibn ‘Abd Allah ibn Idris al-Sharif dilahirkan pada tahun 1099M di Ceuta, Sepanyol. Beliau juga dikenali dengan nama pendek beliau iaitu al-Sharif al-Idrisi al-Qurtubi. Beliau adalah keturunan langsung Nabi Muhammad s.a.w.Al-Idrisi mendapat pendidikan di Cordova. Seperti apa yang lazim bagi ahli geografi Muslim, beliau mengembara ke banyak tempat yang jauh termasuklah Eropah untuk mengumpul data geografi. Ahli-ahli geografi Muslim pada zaman beliau sudah pun membuat pengukuran tepat bagi permukaan bumi, dan beberapa peta dunia telah tersedia ada. Al-Idrisi menggabungkan apa yang tersedia ini dengan penemuan beliau sendiri. Disebabkan pengetahuan beliau mengenai semua bahagian dunia yag diketahui ini, beliau menjadi terkenal dan mula mendapat perhatian pelayar-pelayar Eropah dan perancang-perancang ketenteraan.Kemasyhuran dan kecekapan al-Idrisi akhirnya membawa kepada perhatian Roger II, Raja Sicily berketurunan Norman yang menjemput beliau untuk menghasilkan peta dunia terkini. Adalah patut disebutkan bahawa Sicily pernah berada di bawah pemerintahan Muslim sebelum Raja Roger, yang hasil karya orang-orang Islam tersedia dengan bebas untuk dihantar ke Eropah melalui Barat Latin. Al-Idrisi menghasilkan sebuah bola perak berukuran berat 400 kg dan dengan teliti mencatatkan di atasnya tujuh benua berserta laluan-laluan perdagangan, tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran dan gunung-ganang. Beliau juga memasukkan maklumat seperti jarak, panjang dan ketinggian yang sesuai. Glob beliau disertakan dengan buku beliau al-Kitab al-Rujari (Buku Roger). Beliau juga membuat satu perlambangan dunia yang diketahui di atas sebuah ceper.Buku al-Idrisi Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq (Hiburan Bagi Mereka yang Inginkan Pengembaraan Merentasi Ufuk) adalah sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan maklumat terperinci mengenai negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Kemudiannya, beliau menyusun sebuah ensiklopedia yang lebih komprehensif berjudul Rawdat al-Nas wa Nuzhat al-Nafs (Taman Manusia dan Hiburan Jiwa). Pengetahuan al-Idrisi mengenai Niger sehingga ke Timbuktu, Sudan dan kepalair Sungai Nil adalah istimewa kerana ketepatannya. Al-Idrisi juga membuat sumbangan besar dalam sains tumbuh-tumbuhan perubatan dan telah menulis beberapa buah buku. Yang paling popular ialah buku yang berjudul Kitab al-Jami’ fi Safat Ashtat al-Nabatat. Beliau menyemak dan mensintesis semua karya mengenai subjek tumbuhan perubatan dan menggabungkan ubat-ubatan yang tersedia kepada beliau daripada saintis-saintis Muslim dan menambahkan koleksi kajian beliau daripada pengembaraan-pengembaraan kepadanya. Beliau menyumbang bahan ini kepada subjek botani dengan penekanan terhadap tumbuh-tumbuhan perubatan. Beliau menerangkan nama-nama ubatan dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Barbar, Suryani, Parsi, Hindi, Yunani dan Latin. Al-Idrisi juga menulis mengenai zoologi dan fauna. Al-Idrisi meninggal dunia pada tahun 1166M.Al-Idrisi menjadi terkenal di Eropah lebih daripada ahli-ahli geografi Muslim lain kerana kapal-kapal dan pelayar-pelayar dari laut utara, Atlantik dan Mediterranean kerap singgah di Sicily yang berada di tengah laut Mediterranean. Beberapa buah buku beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan buku beliau mengenai geografi popular untuk beberapa abad. Terjemahan salah satu buku beliau diterbitkan pada tahun 1619 di Rom. Terjemahan ini merupakan satu edisi ringkasan dan penterjemah tidak merujuk kepada al-Idrisi. Adalah menarik bahawa Eropah memerlukan beberapa kurun untuk memanfaatkan glob dan peta dunia beliau. Christopher Columbus telah menggunakan peta yang pada asalnya diambil daripada hasil kerja al-Idrisi.

Maklumat lain tentang al-Idrisi:




Apa itu geografi dan kepentingan mempelajarinya

Geografi berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud, Geo : bumi Graphein : tulisan 

Ia merupakan ilmu yang mempelajari tentang lokasi serta persamaan dan perbedaan (variasi) keruangan atas fenomena fisik dan manusia di atas permukaan bumi

Geografi melalui perubahan zaman dari pelbagai fahaman geografi yang dicipta oleh ahli geografi dari barat.Tidak ketinggalan juga ahli geografi Islam yang sebenarnya turut menyumbang kepada perkembangan ilmu geografi seperti Ibnu Batutta yang merupakan seorang pengembara yang terkenal yang mencatatkan pelbagai peristiwa dan bentuk muka bumi sepanjang pemgembaraannya. 

Mengapakah mempelajari geografi merupakan satu kepentingan? 

Hal ini kerana, bagi menyediakan murid untuk menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan kehidupan manusia. 

Geografi juga dapat memberikan murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar. Fizikal dan alam sekitar manusia juga memupuk nilai-nilai hidup yang harmoni dan sejahtera serta memupuk nilai seperti: Amanah Bersyukur Kesederhanaan Bertanggungjawab Tidak mementingkan diri sendiri Mencintai alam sekitar 

Friday, 13 April 2012


STRUKTUR ORGANISASI
PANITIA GEOGRAFI 
SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU
2012

Pengetua
Pn. Mardziah bt. Che Abdullah

Pen. Kanan Akademik
Pn. Faidahnam bt. Busu

Ketua Panitia Geografi
Pn. Hayati bt. Ismail

Guru-guru
Geografi

                                                                    En. Abdul Hadi b. Muda  
                                                                      Pn. Hayati bt. Ismail
       Cik Nadiah bt. Daud

Wednesday, 1 February 2012

Assalamualaikum dan selamat datang terutama kepada anak-anak pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu (KOSPINT). Blog ini dicipta untuk memudahkan pembelajaran selaras dengan berkembangnya teknologi kita pada hari ini.Semoga sama-sama kita peroleh manfaat.